shoutbox

Showing posts with label Gosip Artis. Show all posts
Showing posts with label Gosip Artis. Show all posts

Sunday, December 4, 2011

Neelofa Ambil Kolagen Untuk Kekal Cantik

BIARPUN digelar pendatang baru, wajah jelita pelakon, Neelofa sudah menjadi rebutan ramai penerbit. Seunik orangnya, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 22, ini bersyukur dengan rezeki yang melimpah ruah setelah menjuarai Dewi Remaja 2010. Bermula dengan filem Azura, dalam masa tidak sampai setahun dia sudah berlakon lima filem. Selepas Azura, dia berlakon dalam filem Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko yang dijangka memasuki penggambaran pada bulan ini. Kesemua filem tersebut dijadualkan masuk panggung tahun depan. Selain bidang lakonan, Neelofa juga meluaskan karier seninya dalam bidang pengacaraan apabila digandingkan dengan pengacara dan penyampai Hot FM, Fara Fauzana untuk mengendalikan program Nona di TV3. Neelofa sempat berkongsi tentang pengalaman pertamanya menjalani penggambaran episod pertama Nona di Lombok, Indonesia. “Dalam setiap episod ada enam segmen dan saya mengendalikan segmen makan angin di Lombok. “Saya rasa seronok kerana pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Jika dulu, saya memberi tanggapan negatif dengan tempat ini memandangkan ramai wanita Malaysia yang dibawa lari oleh lelaki Indonesia ke sana. “Tetapi apabila sampai ke sini, persepsi itu berubah dan saya rasa tempat ini menjadi popular kerana kecantikan tempatnya serta banyak lagi lokasi yang belum diterokai dan boleh dibangunkan seperti Bali. “Saya ke Lombok ditemani orang lain termasuk panel yang mengendalikan kru Nona di sana. Alhamdullillah, ada yang memaklumkan mereka berpuas hati dengan hasil kerja saya. “Apapun, saya tahu program ini sangat besar dan jika ada penonton yang tidak berpuas hati, saya tidak akan rasa kecewa kerana saya sudah memberikan yang terbaik dan saya, pengalaman akan mengajar seseorang itu untuk menjadi lebih baik,” ujarnya yang berada di Lombok selama empat hari bermula 28 November hingga 2 Disember lalu. Jelasnya lagi, dia tidak akan menyesal menerima tawaran pengacara Nona walaupun masih muda untuk mengendali program tersebut. “Saya mengidam program seperti ini dan mahu menjadikan Nona sebagai batu loncatan untuk melonjak karier saya. “Usia tidak semestinya menentukan seseorang itu lebih berbakat atau tidak kerana yang penting adalah ilmu pengetahuan. “Lagipun, program ini mahu mensasarkan remaja perempuan yang mungkin sebelum ini menganggap Nona hanya sesuai untuk wanita yang sudah berkahwin. “Apabila saya banyak membaca dan bertanya kepada orang lain, secara tak langsung akan mematangkan diri saya,” ujarnya. Kecantikan sebenar Menyelami erti kecantikan sebenar buat si jelita ini, Neelofa akui seseorang itu akan menjadi lebih cantik jika memiliki tingkah laku dan hati yang baik. “Walaupun orang kata saya menang Dewi Remaja sebab cantik, kadang-kadang saya rasanya tidak juga kerana kemenangan mungkin dinilai dari banyak segi. “Paling penting, wanita itu perlu kerana jika tidak cerdik, bagaimana nak maju dalam industri ini,” katanya lagi. Memiliki sepasang mata yang mampu mencairkan hati mana-mana lelaki, Neelofa berkata bahagian matanya jarang sekali disolek tebal. “Saya lebih tertumpu pada pemakaian celak dan maskara. Untuk kulit muka pula, saya hanya menggunakan pencuci muka Shu Uemura terutama menanggalkan mekap selepas kerja. “Selain itu, saya mengamalkan minuman kolagen yang boleh mengelakkan muka menjadi kusam. “Saya juga membuat rawatan muka di Chemical Peel setiap dua kali sebulan. Cara paling mudah untuk kecantikan kulit adalah minum banyak air kosong,” ujarnya tentang tip kecantikan yang diamalkan untuk OopStarz! kali ini. Tambahnya lagi, untuk mengelakkan kulit muka menjadi gelap akibat berjemur di bawah cahaya matahari, Neelofa akan membuat lulur badan dan mengambil vitamin C untuk mencerah semula kulit. “Saya takut kulit gelap, jika kulit berjerawat masih ada banyak cara untuk atasi,” katanya. Sumber

Syella: Suami saya muda dan tegap, nafi kahwin dengan Musa Hassan

KUALA LUMPUR, 4 Dis — Penyanyi Syella Kamarudin menafikan telah melangsungkan perkahwinan dengan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan tetapi berkata, suaminya “lebih muda dan tegap.”

“Memang foto lelaki yang tersebar di Internet itu suami saya tetapi bukan Musa Hassan.

“Wajah suami saya jauh berbeza daripada dia, suami saya lebih muda dan tegap,” kata beliau dipetik Berita Minggu hari ini.

Penyanyi yang pernah dikenali dengan lagu Menangis Dalam Hujan itu juga berkata, dia tidak akan sesekali mendedahkan identiti suami.

“Dan, saya tidak akan sesekali mendedahkan identiti suami biarpun orang cakap, saya tidak mahu ambil tahu. “Cukup saya katakan saya bahagia dengan pernikahan kami dan apa juga akan berlaku selepas ini saya serahkan kepada Allah s.w.t.,” katanya lagi.

“Saya tidak perlu takut dengan persepsi orang ramai kerana tidak berbuat salah.

“Saya tidak berhutang apa-apa penjelasan dengan sesiapa, jadi mengapa masih mahu ambil tahu?” kata Syella.

Syella, 26, juga enggan mengesahkan statusnya sama ada hidup bermadu atau sebaliknya kerana di sisi Tuhan, dia isteri yang sah kepada lelaki berkenaan.

Malah dia juga hairan mengapa orang ramai berterusan mempertikai pernikahannya sedangkan dia dan suami melakukan perkara yang mulia di sisi Islam.

“Saya tidak menganiaya sesiapa, jadi mengapa perlu orang lain dengki? Saya melakukan ibadah, sepatutnya diberi galakan dan dorongan bukan mencungkil satu satu demi satu perkara untuk dijadikan kontroversi,” kata beliau lagi.

Syella menyoal, “apa sebenarnya yang orang lain mahu?” “Tak usahlah terus mengembar-gembur pernikahan saya, ia tidak akan mengubah pendirian saya dan suami,” kata beliau lagi.

“Hentikanlah membuat spekulasi siapa dia kerana ia cuma mengundang dosa. “Saya kasihan apabila orang lain yang tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa diheret sama dalam hal ini,” katanya lagi.

Laporan media semalam memetik Musa berkata beliau menafikan laporan beberapa blog kebelakangan ini bahawa beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Syella baru-baru ini.

Menurut Musa, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Musa, 60, berkata segala apa yang ditulis dalam blog-blog itu kononnya beliau merupakan suami kepada Syella adalah fitnah.

“Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.

“Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama,” katanya sambil mengakui tidak mengenali penyanyi itu.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella atau nama sebenarnya Nurshid’la Ahmad Kamaruddin dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog sejak kebelakangan ini.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih

Adegan ranjang Maya, Aaron


MAYA KARIN menjadi gadis kampung? Mungkin ada yang tidak boleh menerima hakikat tersebut memandangkan imej moden cukup sinonim dengan figura jelita itu selama ini.

Namun, novel Ombak Rindu yang kini diadaptasi menjadi sebuah filem, berjaya menzahirkan watak yang sangat berbeza buat Maya.

Buat pertama kalinya Maya memegang watak Izzah, seorang gadis kampung naif dan bertudung yang mana ia sungguh kontra dengan dirinya yang merupakan seorang wanita bandar.

Lontaran jiwanya sebagai Izzah dalam Ombak Rindu juga terkesan sehingga meninggalkan sisa di hati penonton dan disifatkan antara lakonannya yang terbaik sepanjang aktif sebagai pelakon.

Watak Izzah senang benar menambat hati aktres Maya Karin kerana dia telah mengenal dan mengimpikan watak Izzah sekitar tujuh tahun lepas selepas membaca novel nukilan Fauziah Ashari itu.

Justeru, pelawaan oleh pengarah Osman Ali untuknya menjiwai watak Izzah dalam versi filem yang menggunakan judul yang sama, terus diterimanya tanpa berfikir panjang. Tanpa solekan tebal dan harus menjadi orang kampung termasuk mengenakan tudung buat pertama kalinya di layar perak, Maya dengan rela bersetuju untuk menjadi Izzah.

Ternyata, pilihan Maya tepat kerana Osman Ali berjaya membangkitkan sisi lain Maya sebagai aktres yang pernah dilihat sebelum ini.

Pada previu filem Ombak Rindu yang berlangsung di Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini, ramai yang mengakui gagal mengawal air mata daripada mengalir deras di pipi.

"Filem ini antara yang mencipta rekod saya dan Aaron sebagai naskhah yang paling banyak membuatkan kami penat menangis. Semua adegan menangis dilakukan secara semula jadi tanpa bantuan air penitis mata.

"Saya sebagai Izzah wanita teraniaya harus kekalkan wajah sedih sepanjang penggambaran, sebab itu kami adakan sesi latihan bersama Elly Suriati selama tiga minggu sebelum penggambaran bermula," ujar Maya.

Suami orang

Maya juga hidup sebagai Izzah dalam tempoh sebelum penggambaran bermula sehinggalah penggambaran selesai. Dia diberi lagu tradisional Terengganu oleh Elly Suriati serta memakai tudung jika keluar ke kedai, untuk menyesuaikan dirinya dengan watak Izzah.

"Saya baca skrip berulang kali dan tertanya-tanya macam mana saya harus lakukan untuk melontarkan jiwa Izzah secara semula jadi tanpa dipaksa.

"Kiranya ini memang lakonan sepenuhnya tanpa ada sebarang aksi lasak. Sebelum ini, kebanyakan filem saya lebih kepada aksi dan kurang lakonan seperti Duyong dan Pontianak Harum Sundal Malam," jelasnya.

Meskipun terdapat adegan intim antara Maya dan Aaron di atas ranjang, dia bagaimanapun enggan adegan itu ditonjolkan atau sebagai bahan jualan sebagai pelaris filem Ombak Rindu.

PENYATUAN Maya dan Aaron untuk filem Ombak Rindu terserlah cukup intim.

"Adegan (ranjang) itu memang perlu ada untuk menggambarkan kasih sayang yang terjalin antara watak Izzah dan Hariz tetapi ia tidak berlebihan.

"Saya tidak mahu orang memperkatakan filem Ombak Rindu semata-mata kerana adegan itu sedangkan setiap jalan cerita yang ditampilkan dalam filem juga penting. Mereka harus datang menonton kerana sebuah naskhah bukan kerana sebuah adegan sahaja," tegasnya yang akan muncul dengan album baharu pada tahun hadapan.

Bercerita dengan lebih lanjut mengenai adegan intim yang menjalani proses penggambaran sekitar dua jam itu, kata Maya, dia sendiri berdebar-debar untuk melakonkannya kerana ia merupakan kali pertama dia melakonkan adegan sedemikian rupa.

"Saya sendiri sudah diberitahu awal tentang kewujudan adegan itu dan ketika hari penggambaran adegan itu saya memang berdebar-debar dan sejam sebelum itu saya rasa pelik kerana saya tidak pernah melakonkan adegan intim di atas katil seperti itu, tambahan pula Aaron merupakan suami orang, jadi saya agak bimbang, adakah adegan itu berlebihan.

"Tetapi Alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar dan muncul di skrin. Rasanya orang yang menontonnya pun boleh menerimanya," tutur Maya lagi yang mengakui secara peribadi, dia sendiri menyukai filem Ombak Rindu.

Aaron yang terkenal dengan watak romantisnya di dalam drama pula memberitahu, isterinya, Diyana Halik tidak kisah, malah merestui adegan intimnya bersama Maya serta Lisa Surihani yang memegang watak antagonis buat pertama kalinya sebagai Mila Amylia.

"Isteri saya tidak kisah kerana dia memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Malah, dia yang baca skrip terlebih dahulu dan ada ketika sesi latihan serta penggambaran berlangsung. Jadi, tidak ada sebarang isu yang timbul kerana isteri saya sentiasa bersama saya ke mana sahaja saya pergi," bicara Aaron.

Air mata jantan Aaron

Aaron tidak malu untuk mengakui filem Ombak Rindu paling banyak meragut air mata jantannya selain mengakui adegan intim bersama Maya antara yang paling sukar.

"Saya dan Maya pernah bertemu untuk iklan L'oreal, sejak itu kami kenal tetapi tidak pernah bekerjasama dalam drama mahupun filem. Keserasian antara kami sedang timbul kerana dia seorang aktres yang bagus.

"Namun begitu, bagi saya, adegan intim bersama Maya antara adegan yang paling susah untuk dilakonkan kerana saya tidak tahu ekspresi wajah apa yang harus saya tonjolkan. Jadi, saya buat wajah biasa sahaja kerana watak Hariz lakonan saya itu penuh dengan sifat ego," jelas Aaron yang berjaya menunjukkan lakonan yang cukup cemerlang dalam filem yang menelan belanja sebanyak RM2.1 juta itu.

Mengulas lanjut mengenai watak Hariz, jelas Aaron, ini bukanlah kali pertama dia melakonkan watak sedemikian dan kerana pengalaman berlakon watak yang sama memudahkan perjalanan penggambaran filem Ombak Rindu yang dijalankan di Langkawi, Kedah serta Cameron Highlands, Pahang.

"Saya pernah berlakon watak yang lebih kurang sama sebelum ini tetapi dalam drama, untuk filem rasanya belum pernah lagi kerana filem kebanyakan filem saya adalah filem aksi," ulasnya.